fbpx

Banjir besar landa Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN di terminal feri di bandar Parramatta, Australia yang ditutup kerana banjir. - AFP

CANBERRA – Kerajaan Australia mengarahkan penduduk di sepanjang pantai timur negara itu berpindah ekoran hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir besar sehingga berpotensi mengancam nyawa, lapor agensi berita AFP hari ini.

Empangan Warragamba yang merupakan takungan air utama Sydney membekalkan air minuman kepada penduduk Sydney turut dilaporkan melimpah buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun sejak 1990 tengah hari tadi.

Pihak berkuasa memberi amaran mengenai banjir kilat yang disifatkan hujan lebat luar biasa pada musim panas. 

Jurucakap Biro Meterologi, Agata Imielska berkata, rekod hujan setiap hari sepanjang Mac melebihi 100 milimeter (ml).

“Ini peristiwa yang sangat penting dan memecahkan rekod hujan yang pernah kita lihat,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis berkata, ratusan penduduk menuju ke pusat-pusat pemindahan di utara Sydney di negeri New South Wales dan mereka menjangka lebih ramai lagi yang memerlukan tempat perlindungan ekoran peralihan hujan ke pantai selatan.

Biro Meterologi turut melaporkan banjir di sepanjang Sungai Hastings, luar Pelabuhan Macquarie, iaitu 400 kilometer dari utara Sydney mengatasi rekod banjir 2013.

Bandar-bandar di daerah itu merekodkan jumlah hujan melebihi 400ml sejak pagi semalam.

Perkhidmatan kecemasan dilaporkan menerima lebih 500 panggilan untuk meminta bantuan dan melakukan lebih 180 operasi penyelamatan banjir di kawasan yang terjejas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI