fbpx

Analisa telur diperoleh masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Hasil analisa semua sampel telur keluaran sebuah syarikat di Jeram di sini, yang dikaitkan dengan bakteria Salmonella Enteriditis (SE) akan diketahui dalam tempoh terdekat.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, penelitian dan pengesahan lanjut masih sedang dijalankan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Mereka (JPV) memerlukan beberapa hari lagi untuk mengesahkannya dan kita menjangkakan hasil analisa penuh telur itu akan selesai dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan outlet Anjung Coconut Shake 336 di Bestari Jaya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Hasnol, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan JPV untuk menjalankan ujian secara berkala kepada bekalan telur tempatan.

“Apabila wujud isu seumpama itu, kita sememangnya akan memaklumkan kepada masyarakat.

“Tindakan lanjut akan diambil sekiranya ada keperluan untuk menarik semula telur berkenaan kelak,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan JPV mengarahkan supaya telur keluaran salah satu daripada 10 buah ladang milik Lay Hong Bhd (Lay Hong) iaitu ladang CES 008 tidak dibenarkan dijual di pasaran tempatan sebagai telur sajian sehingga keputusan siasatan diperoleh.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI