fbpx

Semangat Kedah Sunshine pantang kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASLYDIA mahu mendedikasikan kemenangan pasukan Kedah Sunshine nanti kepada salah seorang ahli pasukan iaitu Izyan Syazana Mohd. Wazir yang baru sahaja kehilangan bapanya baru-baru ini.

KEDAH Sunshine mempunyai misi tersendiri pada saingan Netball Super League (NSL) menjelang aksi pembuka tirai Kumpulan A menentang Perak Phoenix di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Kapten Kedah, Noor Maslydia Mashhor mendedahkan, dia dan rakan-rakan sepasukannya mahu menghadiahkan kemenangan ke atas Perak buat pemain utama pasukan itu, Izyan Syazana Mohd. Wazir yang baru sahaja kehilangan bapanya baru-baru ini.

“Kami faham Izyan tidak dapat bersama kami minggu ini ke­rana tiada siapa jangka perkara ini akan terjadi. Kami amat memahami situasi ini walaupun akan merasai ketiadaan dia.

“Jurulatih ada bincang strategi lain untuk ganti tempat Izyan. Kami akan membawa semangat Izyan dalam gelanggang supaya dia kembali bersemangat untuk bermain apabila sertai kami ming­gu kedua nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Justeru, Maslydia, 34, melaungkan amaran kepada pasukan-pasukan lain terutama lawan pertama, Perak agar tidak memandang rendah kemam­puan Kedah meskipun beraksi tanpa kehadiran Izyan yang me­rupakan bintang skuad bola ja­ring kebangsaan.

Pemain dari Pendang, Kedah itu menegaskan, setiap pemain Kedah akan beraksi dengan semangat luar biasa untuk memburu tiga mata dalam misi mara ke separuh akhir sekali gus muncul empat pasukan terbaik edisi pertama NSL.

“Pasukan yang kurang buat kesilapan akan menang kerana kekuatan Perak dan Kedah lebih kurang sama sahaja. Jangan pandang rendah Kedah kerana kami juga pernah mara ke final terbuka kebangsaan sebelum ini,” katanya yang juga bekas pemain ragbi kebangsaan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI