fbpx

PKPD Kampung Serumah tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Serumah, Siburan, Bahagian Serian, Sarawak ditamatkan mengikut jadual esok.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal di kawasan tersebut.

“Tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan. Setelah membuat penilaian risiko kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Serumah pada 20 Mac 2021.

“Sehingga kini KKM telah melaksanakan 462 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 27 kes telah direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan, seramai 3,252 warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 semalam dan 22 daripada mereka didapati positif jangkitan wabak itu.

Selain itu, katanya, semalam seramai 52 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan 36 daripada mereka dikompaun, manakala 16 lagi direman.

Jelas beliau, antara kesalahan reentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (12), tiada penjarakan fizikal (12) dan tidak memakai pelitup muka (11).

“Premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (11), gagal menyediakan peralatan atau merekod pelanggan (3) dan aktiviti perjudian (3),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI