fbpx

Penjaga tokong maut angkara anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui mati di sebuah tokong Buddha di Gunung Rapat dekat Jalan Sultan Nazrin Shah di sini hari ini.

IPOH – Penjaga tokong ditemui mati dipercayai diserang anjing peliharaan di sebuah tokong Buddha di Gunung Rapat dekat Jalan Sultan Nazrin Shah di sini hari ini.

Mangsa, Chee Ah Lin, 73, yang berasal dari daerah ini ditemui terbaring dengan beberapa kesan gigitan di tangan dan leher pada pukul 12 tengah hari.

Mayat lelaki itu ditemui bendahari pusat Buddha berkenaan sebelum melaporkan kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Superintendan Lee Swee Sake berkata, pihaknya yang pergi ke lokasi itu menjumpai mayat mangsa tanpa pakaian dengan kesan darah di lantai.

Anjing yang dipercayai menyerang mangsa hingga mati.

Sebatang penyapu dan sehelai seluar jean dengan kesan koyakan turut ditemui berhampiran lelaki itu.

“Pemeriksaan mendapati ada kesan kecederaan gigitan haiwan di tangan dan leher mangsa.

“Pakaian mangsa juga seolah-olah dikoyakkan seperti digigit. Mangsa mungkin diserang anjing yang menjaga tokong tersebut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut beliau, semasa pihaknya tiba di lokasi kejadian, dua ekor anjing yang dipercayai menyerang mangsa dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan.

Haiwan itu merupakan anjing belaan dan dilepaskan bagi menjaga tokong.

“Mangsa bekerja di tokong itu sejak dua tahun lalu dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.

“Pemeriksaan tidak menjumpai perlakuan jenayah malah tiada kehilangan barang berharga dilaporkan,” katanya.

Tambah beliau, mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 hingga 36 jam.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI