fbpx

MAIWP perkenal konsep kebajikan berimbuhan Mata wang Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan) mengadakan pertemuan dengan Mohd. Daud pagi tadi.

PUTRAJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memperkenalkan satu konsep kebajikan berimbuhan yang dikenali sebagai Mata wang Sosial MAIWP.

Perkara itu dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi laman sosialnya hari ini.

Zulkifli berkata, inisiatif itu adalah antara perkara dibincangkan menerusi pertemuan rutinnya bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr. Mohd Daud Bakar pagi tadi.

Beliau berkata, Mata wang Sosial MAIWP tidak mempunyai nilai kewangan tetapi ia memberi peluang kepada masyarakat untuk tampil ke hadapan dan menyumbang kepada komuniti.

“Sumbangan mereka akan dinilai dan diganjari dalam bentuk ‘Mata wang Sosial’ yang boleh digunakan suatu masa nanti untuk mendapatkan perkhidmatan di institusi di bawah MAIWP.

“Ini adalah salah satu usaha untuk menggalakkan masyarakat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan dakwah,” katanya.

Zulkifli berkata, beliau mengharapkan agar MAIWP terus menjadi peneraju dalam kerja-kerja kebajikan yang inovatif berpaksikan zakat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI