fbpx

Diamkan isu skandal, Nissa keluarkan Sapu Jagat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISSA SABYAN

BIARPUN terpalit dengan kontroversi menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang, penyanyi Nissa Sabyan tetap fokus terhadap pelancaran single terbaharunya berjudul Sapu Jagat.

Bahkan, lagu tersebut terus menjadi trending dalam YouTube dengan jumlah lebih dua juta tontonan sebaik sahaja dilancarkan.

Bagaimanapun, dalam saluran YouTube miliknya, rata-rata komen yang ditinggalkan netizen meminta supaya Nissa memberikan penjelasan mengenai isu hubungannya bersama seorang anggota Sabyan Gambus iaitu Ayus.

“Nisa, baik kamu jelaskan terlebih dahulu kepada masyarakat tentang apa yang berlaku.

“Biar semuanya jelas,” kata salah seorang pengguna YouTube.

Malah, tidak kurang juga netizen yang berang kerana penyanyi itu melancarkan single terbaharunya walaupun dihimpit dengan kontroversi skandal bersama suami orang.

“Maaf Nisa, kamu tidak mempunyai hati nurani. Sebaiknya kamu perlu menunggu semuanya selesai.

“Sumpah saya tidak akan hormat pada kamu,” kata seorang netizen yang berang dengan isu peribadi Nissa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI