fbpx

Saya sudah beri yang terbaik – Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila Razali

PETALING JAYA – Dikecam gara-gara terkucil ketika membuat persembahan Peluang Kedua pada pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 malam tadi, penyanyi Nabila Razali memohon maaf kepada pencipta lagu berkenaan iaitu Hael Husaini dan MFMF.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, menerusi akaun Instagramnya menyatakan dia sudah mencuba sehabis baik untuk persembahan malam tadi.

“Saya sudah berusaha hendak beri yang terbaik. Saya minta maaf Hael dan MFMF,” tulisnya ringkas dalam entri tersebut.

Meninjau dalam ruangan komen, Hael yang membalas kenyataan tersebut berpendapat dia sangat berbangga dengan hasil kerja keras Nabila.

“Awak ialah contoh inspirasi kepada saya. Rajin dan sentiasa memberi yang terbaik.

“Saya bangga dengan awak dan terima kasih kerana menyertai Peluang Kedua!,” tulis Hael dalam ruangan komen.

Sementara itu, ruangan komen juga dibanjiri dengan kata-kata semangat daripada rakan artis tanah air.

Antara yang memberi ucapan semangat dan memuji Nabila ialah penyanyi, Indah Ruhaila dan pelakon, Fizo Omar.

“Jangan bersedih, awak telah beri yang terbaik. Terus beri inspirasi kepada semua orang,” tulis Indah.

“Sebenarnya awak telah berikan yang terbaik. Berbanggalah kerana awat dapat peluang untuk berada di atas pentas AJL35,” komen Fizo

Nabila malam tadi menerima kecaman hebat selepas dikatakan tidak dapat menyampaikan lagu Peluang Kedua dengan baik kerana terkucil dalam nyanyiannya.

Untuk rekod, Nabila pernah dinasihatkan doktor agar berehat daripada nyanyian kerana mengalami kecederaan pada bahagian peti suaranya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI