fbpx

Menyamar ejen KPDNHEP, tipu pengusaha jualan langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (kanan) berbual mesra dengan salah seorang pengguna yang membeli di Prihatin Mart yang diadakan di pekarangan Masjid Al-Amin, Kampung Buluh, Kuala Berang di Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan aktiviti penyamaran sebagai ejen menguruskan lesen jualan langsung bagi tujuan penipuan.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pihak tidak bertanggungjawab tersebut dipercayai meraih keuntungan sehingga belasan ribu ringgit dengan melakukan penipuan kononnya sebagai ejen kementerian bagi mempercepatkan proses pengeluaran lesen jualan langsung.

“Kita terima aduan terdapat pihak menyamar sebagai perunding, orang tengah dan ejen kementerian kononnya untuk membantu memudahkan proses mendapatkan lesen jualan langsung.

“Perbuatan menyalah guna nama KPDNHEP itu amat dikesali, kita tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai orang tengah atau ejen bagi sebarang perkhidmatan dan produk kementerian,” katanya ketika memantau operasi kedai runcit bergerak, Prihatin Mart di pekarangan Masjid Al-Amin Kampung Buluh, Kuala Berang di sini hari ini.

Rosol berkata, siasatan awal mendapati sindiket penyamaran tersebut menyasar golongan yang baru berjinak-jinak dengan bidang perniagaan terutama segmen jualan langsung sebagai mangsa penipuan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI