fbpx

Nagelsmann tepis spekulasi berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN dikaitkan untuk membimbing dua pasukan iaitu Bayern dan Barcelona, namun spekulasi tersebut dianggapnya sebagai tidak berasas. – AFP

LEIPZIG – Ketua jurulatih RB Leipzig, Julian Nagelsmann menepis spekulasi mengaitkan namanya sebagai calon terbaik mengendalikan dua gergasi Eropah, Bayern Munich dan Barcelona pada masa depan.

Khabar angin di Jerman mula bertiup kencang mengaitkan Nagelsmann menggantikan Hansi Flick jika ketua jurulatih Ba­yern Munich itu mengisi kekosongan ditinggalkan Joachim Low bersama skuad antarabangsa Jerman selepas tamat Kejohanan Euro bermula Julai depan.

Dalam masa sama, nama Nagelsmann, 34, turut dikatakan menjadi calon utama presiden baharu Barcelona, Joan Laporta yang bersedia untuk memulakan era baharu bersama The Catalan dengan memecat Ronald Koeman.

Ia ekoran persembahan me­nge­­cewakan Koeman yang menyaksikan Barcelona tersingkir se­awal pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara musim ini selain ke­tinggalan enam mata di belakang pendahulu La Liga, Atletico Madrid.

Bagaimanapun, Nagelsmann menempelak dakwaan itu dengan menganggap ia sebagai sesuatu yang kurang sopan dan tidak menghormati Bayern dan Barcelona memandangkan Flick serta Koeman masih lagi bergelar jurulatih kedua-dua kelab tersebut.

“Saya sudah ‘masak’ dengan lumrah dunia bola sepak ini. Saya tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu ini ke­rana tidak mahu menjadi seorang yang tidak sopan,” katanya.

Sebaliknya, Nagelsmann lebih berminat menumpukan fokus untuk bangkit bersama Leipzig selepas tersingkir pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara kepada Liverpool dengan agregat 4-0 baru-baru ini.

“Kami berada pada landasan tepat untuk kembali ke Liga Juara-Juara musim depan. Ia bukan alasan untuk kami tidak mencatat kemenangan dalam aksi Bundesliga,” jelasnya yang akan menanti kunjungan Eintracht Frankfrut malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI