fbpx

Jimat harga tiket ETS guna kad promo CUTIKERETAPI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna perkhidmatan tren elektrik (ETS) boleh menikmati penjimatan pembelian tiket sebanyak RM10 dengan penggunaan kad promo CUTIKERETAPI.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya berkata, tempoh pembelian tiket mulai 15 Mac 2021 untuk perjalanan 1 April sehingga 30 Jun 2021 atau sehingga habis jualan kod promosi.

“Orang ramai layak menebus sekali sahaja kod promo bagi kempen ini dengan memasukkan kod promo CUTIKERETAPI sebelum menyempurnakan proses pembayaran.

“Ia untuk transaksi pembelian tiket bagi perjalanan sehala dalam satu transaksi atau pembelian tiket bagi perjalanan dua hala yang dibuat dalam satu transaksi,” kata KTMB.

Menurut KTMB, hanya warga Malaysia layak menikmati penjimatan dan memiliki Passenger Name Record (PNR) dalam KTMB Integrated Ticketing System (KITS).

Tambah KTMB, pembelian adalah bagi tiket dewasa dan kanak-kanak sahaja yang perlu dibuat melalui transaksi secara dalam talian.

“Hanya tertakluk atas tambang penuh satu tiket (pergi atau balik) bersamaan atau melebihi nilai RM11,” jelas KTMB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI