fbpx

Xavier umum letak jawatan dan ahli PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden dan ahli PKR serta merta sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Twitter miliknya, dia mengumumkan akan menjadi ahli parlimen bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya bersama PKR sejak 1998, namun saya rasa sangat kecewa dengan beberapa perkara yang berlaku sejak tahun lepas. Ketika ini, terdapat parti politik yang berbincang mengenai kemungkinan pilihan raya umum sedangkan ia tidak perlu dan tidak boleh dilaksanakan ketika ini.

“Sepatutnya kita bersama dan menyokong kerajaan dalam mengatasi Covid-19, mewujudkan peluang pekerjaan dan membina semula ekonomi,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI