fbpx

Tanggungjawab New Zealand sokong komuniti Islam -Jacinda Ardern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARDERN berucap semasa majlis memorial nasional di Christchurch hari ini. - AFP

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata bahawa negaranya mempunyai kewajipan untuk menyokong komuniti Islam, lapor agensi berita AFP hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena ulang tahun kedua memperingati serangan masjid di Christchurch.

Seramai 51 orang terbunuh manakala puluhan yang lain cedera dalam serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch pada 15 Mac 2019.

Beratus-ratus orang menghadiri upacara penuh emosi itu yang dikawal ketat anggota keselamatan.

Temel Atacocugu yang ditembak sembilan kali pada muka, kaki dan tangan menangis semasa mengingat detik dia menunggu untuk dirawat bersama bapa kepada kanak-kanak berusia tiga tahun, Mucaad Ibrahim yang turut terkorban dalam tragedi itu.

“Saya menjalani tujuh pembedahan utama dan masih banyak pembedahan perlu ditempuhi pada masa depan. Banyak peluru masih berada dalam badan saya dan saya akan membawanya untuk sepanjang hayat,” katanya.

Ardern yang dipuji secara meluas kerana menunjukkan sifat belas kasihan kepada mangsa dan ahli keluarga mereka berkata, ‘walaupun mereka memiliki kuasa penyembuhan’ ia tidak akan mampu mengubah perkara yang telah terjadi.

“Lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dalam tindakan ganas. Kata-kata tidak akan dapat melenyapkan ketakutan komuniti Muslim.

“Tragedi itu sepatutnya mendorong kita untuk menjadi ‘bangsa yang lebih inklusif, berbangga dengan kepelbagaian kita dan jika diminta, mempertahankannya dengan teguh,” katanya.

Semasa upacara peringatan itu, anggota-anggota polis lengkap bersenjata ditempatkan di luar lokasi majlis tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI