fbpx

Lima termasuk empat sekeluarga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di Raub semalam.

RAUB – Lima maut termasuk empat sekeluarga yang terdiri daripada suami isteri dan dua anak maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta, Muhamad Fadzli Aming, isterinya Nur Asyitah Abu Samah, dan dua anaknya, Muhammad Iqmal dan Irina Nur Qhalesya serta seorang penumpang pacuan empat roda Wan Syahrul Munif Wan Jaffar.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah Kuala Lumpur hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat telah berlaku pertembungan antara dua kenderaan ini di bahagian hadapan yang mana akibat kemalangan ini penumpang hadapan pacuan empat roda dan penumpang hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu serta seorang penumpang belakang kereta meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raub manakala seorang lagi penumpang belakang kereta meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Lipis,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berasal daripada Kota Bharu, Kelantan dan mengalami kecederaan di bahagian tangan masih ditahan di wad kecemasan Hospital Raub. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI