fbpx

Kucing dengan leher terjerut ditemui mati tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor anak kucing ditemui mati dengan lehernya dijerut dengan tali dan digantung pada pendikit minyak sebuah motosikal.

PETALING JAYA – Perbuatan tidak berperikemanusiaan dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab apabila seekor anak kucing ditemui mati dengan lehernya dijerut dan digantung pada pendikit minyak sebuah motosikal di kawasan perumahan Flat Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur di sini semalam.

Terdahulu, gambar kucing berkenaan dengan lehernya dijerut dengan tali tular di laman sosial Facebook sehingga mendapat kecaman daripada orang ramai.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), pemilik motosikal berkenaan menyedari kejadian itu awal pagi tadi sewaktu keluar rumah untuk memanaskan enjin motorsikal yang diparkir di belakang rumah.

“Dia terkejut lihat seekor anak kucing digantung pada pendikit minyak dengan lehernya terjerut. Rupanya ia kucing yang sama diberi makan oleh penduduk di kawasan flat berkenaan.

“Tergamaknya pihak tidak bertanggungjawab memperlakukan kucing itu sedemikian rupa. Memang kejam,” ujarnya dalam laman sosial Facebook rasmi miliknya hari ini.

Jelasnya, pemilik motosikal itu sendiri tidak pasti apakah motif pelaku pembunuh anak kucing itu dengan cara menjerut leher dan menggantungnya pada pendikit minyak motosikal miliknya.

Justeru itu, Animal Malaysia merayu mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat bagi membolehkan pelaku ditangkap.

“Jangan sorokkan perbuatan zalim dan kejam begini memandangkan ia bakal memberikan kesan tidak baik kepada masyarakat dan boleh mengundang bahaya sekiranya berlaku kepada manusia pula selepas ini.

“Pembunuh yang menjerut leher anak kucing malang ini perlu diheret ke muka pengadilan,” ujarnya.

Maklumat boleh disalurkan melalui 01120901097 (WhatsApp) atau melalui aduan MyAct https://animalmalaysia.com/report-animal-crime/. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI