fbpx

Dua lagi maut akibat jangkitan rabies 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua lagi kematian akibat jangkitan rabies di Sarawak masing-masing pada 8 Februari dan 7 Mac lalu menjadikan jumlah kematian akibat rabies ketika ini sebanyak 31 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama membabitkan lelaki tempatan berusia 52 tahun yang meninggal dunia pada 8 Februari lalu di Hospital Sibu.

Beliau berkata, mangsa difahamkan pernah menangkap dan membunuh seekor anjing peliharaan di kawasan rumah pekerja kilangnya selepas anjing itu mengigit dua orang pekerjanya.

“Dua pekerja yang telah digigit oleh anjing tersebut telah mendapatkan rawatan awal dan kini masih dalam pemantauan susulan oleh pihak kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kes kematian kedua pula membabitkan seorang warganegara tempatan berusia 54 tahun yang disahkan meninggal dunia pada 7 Mac lalu di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Beliau berkata, mangsa didapati pernah digigit oleh anjing peliharaan pada 26 Disember tahun lalu di bahagian dada kanan semasa mengendalikan anjing tersebut.

Menurutnya, mangsa dirujuk ke HUS pada 5 Mac lalu selepas mengalami gejala lemah di bahagian kaki, sakit di seluruh badan, demam, mual dan tiada selera makan.

“Kedua-dua kes ini adalah dua kes pertama positif rabies dalam kalangan manusia di Malaysia bagi tahun ini menjadikan keseluruhan kes sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 1 Julai 2017 adalah 33 kes.

“Hanya terdapat dua kes yang masih hidup dan kedua-duanya adalah kanak-kanak dengan sejarah mendapatkan rawatan awal,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI