fbpx

Usaha sama MRCB, Panuku bangunkan projek RM1.3 bilion di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) bakal membangunkan sebuah projek hartanah bertingkat di pusat bandar raya Auckland, New Zealand dengan kerjasama Panuku Development Auckland (Panuku) dengan nilai pemba­ngunan kasar RM1.3 bilion.

Projek tersebut yang terletak di Stesen City Rail Link Aotea terdiri daripada pembinaan bangunan 21 tingkat dengan jumlah keluasan lantai kasar 45,292 meter untuk tapak komersial dan runcit serta 63 unit apartmen mewah.

Tapak asal projek berkenaan adalah kawasan parkir bagi kenderaan Majlis Perbandaran Auckland yang terletak di persimpangan Mayoral Drive dan Wellesley Street, pusat bandar raya tersebut.

Ketua Eksekutif Panuku, David Rankin berkata, kunci kejayaan bagi pembangunan tersebut adalah keperluan untuk mencari rakan pemaju yang benar-benar faham akan peluang yang jarang ada untuk mentransformasikan sebuah lokasi unik ini.

“MRCB memiliki rekod pembangunan berorientasikan pengangkutan (TOD) yang panjang di Malaysia dan mereka komited untuk mengubah tapak ini bagi menarik golongan yang mahukan gaya hidup rendah karbon dan meriah di pusat Auckland,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Imran Salim berkata, pihaknya teruja untuk memanfaatkan kepakaran dalam TOD bagi menghasilkan sebuah pembangunan di atas stesen yang ikonik di New Zealand.

“Dengan pengetahuan, skil dan pengalaman membangunkan Kuala Lumpur Sentral, kami melihat projek ini akan menyumbang secara positif kepada pembangunan bandar.

“Ia bakal menjadi projek pertumbuhan semula bandar yang inklusif dan memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur bersepadu, mampan dan sesuai dengan komitmen Kumpulan terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI