fbpx

Lelaki hilang selepas COD iPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Facebook milik ibu mangsa mengharapkan supaya anaknya ditemui semula.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak 6 Mac lalu selepas membuat penghantaran (COD) telefon bimbit jenis iPhone di sebuah premis di Jalan Sungai Besi di sini.

Kisah kehilangan mangsa dikenali sebagai Myrol itu turut menjadi tular di media sosial, namun sehingga kini masih belum ada petanda mengenai status lelaki berkenaan.

Menerusi satu perkongsian di Twitter milik Azry Sham @AZRYYYSHAM, pemuda itu dilaporkan hilang setelah melakukan penghantaran telefon bimbit pada pukul 7.30 petang Sabtu lalu.

“Tolong tularkan, lelaki ini (Myrol) masih belum dijumpai selepas dia COD iPhone semalam.

“Sampai sekarang masih tiada khabar berita. Jika sesiapa ada maklumat boleh Direct Message (DM) saya,” tulisnya di Twitternya di sini baru-baru ini.

Tambah Azry, dia diberitahu Myrol kali terakhir dilihat bersama dua lelaki lain.

“Ada orang nampak lelaki India dengan Melayu yang bawa Myrol.

“Diminta orang ramai untuk ulang ciap, ciapan ini, semoga dipermudahkan semua urusan kelak. Terima kasih!,” katanya.

Azry turut berkongsi beberapa keping gambar ahli keluarga mangsa yang merayu semoga Myrol atau Muhd Amirul Shafiq ditemui semula dalam keadaan selamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI