fbpx

Kerajaan cadang naikkan kadar caruman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Saravanan hadir pada Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) antara Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac).

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kenaikkan tersebut akan akan memberi manfaat kepada pencarum yang mencarum di bawah skim Perkeso.

“Kita mempertimbangkan untuk menaikkan sebanyak seringgit atau dua ringgit dan menjamin kenaikan tersebut tidak akan membebankan rakyat.

“Tujuan kita menaikkan kadar caruman kerana perlindungan dan keselamatan pencarum di bawah skim Perkeso sudah diperluaskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) antara Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) di Hotel Le Meridien di sini hari ini.

Jelasnya MoU itu memberi fokus kepada usahawan mikro dan tidak formal dengan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman.

“Antaranya ialah perjanjian diantara Perkeso bersama Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) dalam pemerkasaan dan perluasan program Protégé, dan Perkeso bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dalam perlaksanaan program caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

“Selain itu, ianya juga menyaksikan kolaborasi strategik diantara Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bersama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dalam memperkukuh dan meningkatkan kapasiti dan kemahoran usahawan melalui inisiatif pembangunan strategik,” ujarnya.

Tambah Saravanan, pelaksanaan kolaborasi strategik antara KSM dan Medec diharapkan dapat merancakkan kembali sektor keusahawanan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Juniadi Tuanku Jaafar berkata, kita perlu bersama dan saling menyokong antara satu sama lain terutama dalam membantu usahawan tempatan mempersiapkan mereka bagi memenuhi keperluan digitalisasi dan adptasi norma baharu perniagaan.

“Semoga dengan perancangan ini, lebih ramai lagi usahawan tempatan akan dapat dibantu dalam menghadapi perkembangan ekonomi semasa kesan pandemik Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI