fbpx

Bakal jemaah haji divaksin bermula pertengahan Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham melancarkan buku 'The Covid-19 Chronicles Of Malaysia-Navigating The Storm' di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini, hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Bakal jemaah Haji 2021 akan mula diberi suntikan vaksin Covid-19 pertengahan bulan Mei ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara terbabit sudah dibincangkan dalam kabinet dan kemungkinan besar, jemaah boleh menunaikan haji tahun ini.

“Saya difahamkan kuota tahun ini lebih daripada biasa di mana selalunya 30,000 jemaah maka kita mohon lebih sehingga 50,000 jemaah kerana tertangguhnya haji tahun lalu.

“Setiap mereka yang divaksin memerlukan 21 hari untuk dilindungi sepenuhnya selepas dos kedua maka melihat tarikh haji, jemaah perlu divaksinkan pertengahan bulan Mei,” katanya dalam sidang akhbar sempena majlis pelancaran buku ‘The Covid-19 Chronicles Of Malaysia | Navigating The Storm’ di pejabatnya, di sini hari ini.

Adham berkata, Arab Saudi meletakkan syarat bahawa jemaah haji dan umrah perlu mendapatkan vaksin Covid-19.

“Melihat syarat yang ditetapkan Arab Saudi, jemaah haji yang tersenarai tahun ini akan diberi vaksin. Kita akan bantu mana-mana rakyat Malaysia yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan berbeza, Adham berkata, kerajaan akan memutuskan pelaksanaan skim darurat, Tabung Mudarat Vaksinasi Kebangsaan bagi pembayaran pampasan kepada individu yang menghadapi kesan sampingan selepas suntikan vaksin Covid-19 pada Jumaat ini.

Beliau berkata, skim terbabit akan dibentangkan kepada Kabinet bagi membincangkan pelbagai aspek sebelum dipersetujui pelaksanaannya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI