fbpx

Laporta presiden baharu Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPORTA meraih 54 peratus undian untuk muncul pemenang pada pemilihan presiden Barcelona. – AFP

BARCELONA – Era baharu Barcelona dijangka bermula selepas Joan Laporta memenangi pemilihan kelab untuk kembali menjadi presiden buat kali kedua.

Beliau yang berjanji untuk memastikan pemain bintang, Lionel Messi kekal di kelab itu berdepan laluan mudah apabila menerima lebih 54 peratus undian.

Di bawah pimpinan Laporta pada 2003 hingga 2010, beliau berjaya membawa masuk Ro­naldinho dan Samuel Eto’o selain membantu Barcelona memena­ngi dua Liga Juara-Juara serta empat kejuaraan La Liga.

Sebaik memenangi pemilihan tersebut, Laporta melaungkan cabaran untuk menyaksikan Barcelona melakukan kebangkitan pada aksi timbal balik pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang

Paris Saint-Germain (PSG) selepas tewas 1-4 sebelum ini.

“Sekarang marilah kita sama-sama ke Paris dan lihat sama ada kita boleh lakukan magis untuk bangkit daripada kekecewaan terdahulu. Apa yang penting Barcelona perlu berikan segala-galanya pada aksi itu nanti,” katanya.

Sementara itu, beliau juga percaya Messi akan terus kekal di Barcelona selepas dia hadir untuk melakukan undian pada pemilihan presiden kelab tersebut.

“Melihat Messi datang me­lakukan undian bersama anak­nya menunjukkan betapa dia sa­yang kelab ini. Kami boleh diibarat satu keluarga dan diharapkan dia terus kekal di sini,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI