fbpx

Ibu tidak restu perkahwinan Hannah, Imam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah membuat kejutan dengan berkongsi foto dia selamat bernikah pada 18 Februari lalu dengan Imam yang juga seorang pelakon.

PETALING JAYA – Belum reda dengan kisah perkahwinan mengejut, nama pelakon Hannah Delisha kembali menjadi bualan ramai selepas didakwa tidak mendapat restu ibunya, Noor Ashikin Ahmad.

Spekulasi tersebut tercetus selepas Noor Ashikin menerusi akaun Instagramnya, @kakcikwujudku memuat naik bait-bait puisi berjudul Hikayat Antah Berantah yang memberi bayangan seolah-olah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu.

Lebih mengejutkan, setiap hantaran Instagramnya sejak 23 Februari lalu turut disertakan dengan tanda pagar #ibutidakrestu.

Tanda pagar tersebut telah menguatkan lagi dakwaan bahawa Hannah dan suaminya Imam Shah bernikah tanpa mendapat restu daripada Noor Ashikin.

Dalam perkongsian puisinya, Noor Ashikin telah menimbulkan tanda tanya kerana seperti menceritakan kisah dia dan anaknya dalam penulisan tersebut.

Menerusi puisinya, dia menulis mengenai sebuah perkahwinan seorang wanita dengan mualaf yang akhirnya berpisah ketika si anak masih kecil.

Puisi tersebut turut menceritakan kisah tentang si anak yang sudah berumah tangga dan akhirnya si ibu membawa diri ditemani dengan segala tohmahan.

Sehingga kini, sama ada Hannah mahupun Noor Ashikin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Meninjau laman Instagramnya, Noor Ashikin juga tidak pernah memuat naik foto perkahwinan pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu.

Malah, Hannah juga tidak pernah berkongsi foto perkahwinan bersama ibunya sehingga hari ini.

Terdahulu, Hannah atau nama lengkapnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, membuat kejutan dengan berkongsi foto dia selamat bernikah pada 18 Februari lalu dengan Imam yang juga seorang pelakon. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN