fbpx

JAS keluar perintah penahanan kapal asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej kapal kargo asing yang membuang sisa kumbahan dirakam dari pesawat Bombadier Maritim semalam.

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan Perintah Penahanan semalam, terhadap sebuah kapal asing yang disyaki telah melepaskan minyak di perairan negara.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar berkata, penahanan tersebut dibuat di bawah Seksyen 48, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan siasatan di bawah Seksyen 27 akta yang sama.

“Pasukan penyiasat JAS Negeri Selangor telah mengambil rakaman percakapan dan memeriksa dokumen kapal bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Persampelan juga telah dilakukan ke atas beberapa bahagian kapal dan sebanyak tiga sampel telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan, JAS sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar.

“Sebarang aduan pencemaran  boleh terus dilaporkan ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727.

“Selain itu, emel kepada [email protected] serta melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my,” ujarnya.

Kosmo! melaporkan, sebuah kapal kargo dari Vietnam ditahan oleh Maritim Malaysia (APMM) selepas disyaki membuang sisa kumbahan berupa sisa minyak di perairan negara tengah hari Jumaat lepas.

Kapal tersebut dikesan melakukan perbuatan itu pada kedudukan kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak, di perairan Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari.  -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI