fbpx
Gambar hiasan

Indonesia terima 1.1 juta dos vaksin AstraZeneca petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Indonesia akan menerima 1.1 juta dos vaksin AstraZeneca Covid-19 yang dijangka tiba di negara itu sekitar pukul 6 petang waktu tempatan, hari ini.

Menurut laporan portal Tempo.com hari ini, bekalan vaksin dari Britain itu akan tiba dalam keadaan yang sedia untuk digunakan.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Teuku Faizasyah, mengesahkan berita tersebut dan memberitahu ketibaan vaksin itu akan disiarkan secara langsung di  YouTube Sekretariat Presiden.

“Ya, benar. Kita akan menerima vaksin AstraZeneca dan ketibaannya boleh dilihat secara langsung mulai jam 6:25 petang ini (waktu tempatan),” kata Faizasyah melalui pesanan teks kepada Tempo pagi ini.

Setakat ini, Indonesia sudah menerima sebanyak 38 juta vaksin Covid-19 dengan tiga juta daripadanya dihantar dalam bentuk siap dan 35 juta dos lagi dalam bentuk bahan mentah yang akan diproses oleh syarikat farmaseutikal tempatan, Bio Farma.

Ketibaan bekalan vaksin AstraZeneca yang pertama di Indonesia akan menjadikan bekalan keseluruhan vaksin Covid-19 di negara itu sebanyak 39.1 juta.

Vaksin AstraZeneca diharapkan dapat membantu kerajaan Indonesia mencapai sasaran program vaksinasi dengan lebih cepat iaitu 60 hingga 70 peratus penduduk atau sekitar 181.5 juta orang bagi tahun ini. – Agensi