fbpx

15 motosikal ubah suai ekzos disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada motosikal yang disita dalam Operasi Khas Kesalahan Bunyi Bising (Ekzos) di sekitar daerah Jempol.

JEMPOL – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol menyita 15 motosikal atas kesalahan mengubahsuai ekzos sepanjang Operasi Khas Kesalahan Bunyi Bising (Ekzos) bermula 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kesemua kenderaan tersebut berada di IPD Jempol untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kebanyakan individu yang dikesan melakukan kesalahan tersebut terdiri daripada golongan remaja iaitu berusia 18 hingga 25 tahun.

“Op khas berkenaan diadakan di tiga lokasi sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Pekan Bahau selain lorong-lorong jalan ditutup serta pasukan trafik bergerak bagi mengesan kesalahan ekzos bising.

“Kesemua pemilik motosikal yang disita perlu datang semula ke IPD dan menukar ekzos asal sebelum motosikal berkenaan diserahkan semula kepada pemiliknya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Chang Hook memberitahu, operasi khas berkenaan akan diteruskan di lokasi yang telah dikenal pasti di seluruh kawasan Jempol dan lokasi ops ini juga akan berubah-ubah mengikut kesesuaian penugasan serta akan dilaksanakan sehingga 14 March 2021.

Malah menurutnya, Jumaat lalu, pihaknya telah mengadakan ops khas berkenaan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari pukul 5 petang hingga 8 malam di kilometer 0.5, Jalan Bahau-Rompin.

“Hasil daripada operasi khas tersebut sebanyak 177 kenderaan dan 192 individu telah diperiksa dimana 47 saman polis telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan lalulintas dan daripada jumlah berkenaan lima motosikal telah disita kerana didapati mengubahsuai ekzos motosikal sehingga mengeluarkan bunyi bising melebihi kadar yg ditetapkan.

“Manakala bagi pihak JPJ sebanyak 110 notis telah dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas,” ujarnya.

Ujarnya lagi, walaupun kesalahan ekzos bising diberi keutamaan, kesalahan-kesalahan lalulintas yang lain juga diambil tindakan demi mendidik masyarakat agar mematuhi udang-undang jalan raya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI