fbpx
Pengunjung di pantai-pantai sudah semakin berkurangan akibat hakisan teruk.

Tiada lagi kemeriahan pengunjung pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kehadiran pengunjung ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini yang diibaratkan seperti pesta suatu ketika dahulu kini hanya boleh dibilang dengan jari hingga menjadikannya suram.

PCB yang pernah menjadi ikon tarikan pengunjung ke Kelantan kerana terletak kurang 20 kilometer dari sini kini penuhi dengan benteng batu pemecah ombak.

Lebih menyedihkan, tidak sampai 10 gerai dibuka dan jumlah pengunjung semakin berkurangan terutama ketika musim Covid-19.

Sebelum ini, dianggarkan lebih 15 buah gerai yang menjual pelbagai aneka makanan memenuhi setiap ruang di kawasan pantai, namun segalanya berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat hakisan yang berlaku di kawasan berkenaan.

Hakisan turut menyebabkan kawasan tersebut yang selama ini menjadi lokasi riadah keluarga kini tinggal sepi apabila tiada lagi kelibat orang ramai yang bermandi-manda di sepanjang pesisir pantai.

“Keadaan begitu berbeza ketika kawasan ini dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi kira-kira 20 tahun lalu apabila ia menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pelancong.

“Banyak pokok rhu di tepi pantai yang membuatkan ramai orang berkelah. Ia pernah menjadi lokasi pelancongan kebanggaan rakyat Kelantan,” kata penduduk Kampung Semut Api, Wan Rohasnani Wan Idris, 44.

Tambahnya, ketika itu, ba­nyak aktiviti dijalankan di situ seperti persembahan dikir barat dan mak yong yang diibaratkan seperti pesta selain aktiviti perniagaan.

Menurut Wan Rohasnani, banyak resort terkenal dan kedai makan sudah ditutup akibat hakisan.

“Benteng batu dibina pada hujung 2004 oleh Jabatan Pe­ngairan dan Saliran hingga mengubah sepenuhnya wajah PCB,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN