fbpx

Saintis kesan badai angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ taufan angkasa yang dirakam berbentuk seperti letusan tenaga hijau. – UNIVERSITI READING

LONDON – Saintis mengesahkan kewujudan ‘taufan angkasa’ selepas mengesan fenomena tersebut di Kutub Utara di mana ribut plasma membadai di perbatasan angkasa lepas, lapor Global News kelmarin.

Pasukan penyelidik di China, Britain, Amerika Syarikat dan Norway menemui taufan angkasa itu dengan menggumpulkan data satelit dari tahun 2014, demikian menurut penemuan mereka yang disiarkan dalam jurnal Nature Communications.

Mereka berkata, ribut itu berlaku pada Ogos 2014 dan berlarutan sekitar lapan jam. Taufan angkasa itu mempunyai lebar lebih 1,000 kilometer, berputar dalam arah lawan jam dan membawa hujan elektron ke Bumi.

“Sebelum ini, kewujudan taufan plasma di angkasa dipertikai, justeru, kejayaan membuktikannya adalah menakjubkan,” kata penyelidik, Mike Lockwood dalam siaran akhbar dari Universiti Reading di Britain.

Mereka menamakan fenomena tersebut ‘taufan angkasa’ ke­rana ia mempunyai banyak persamaan dengan taufan sebenar termasuk memiliki pusat atau mata taufan dan corak alirannya, demikian menurut penulis utama kajian itu, Zhang Qinghe dari Universiti Shandong di China.

Di sebalik semua persamaan itu, para penyelidik berkata, taufan angkasa terdiri daripada plasma dan bukannya air.

Imej ribut tersebut yang mereka cantumkan kelihatan seperti gabungan taufan dan Aurora Borealis (tirai cahaya) atau lebih mudah, seperti letusan besar tenaga hijau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI