fbpx

KPDNHEP perluas program penyeragaman harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi (kanan) memeriksa harga runcit bahan api bersubsidi di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperluaskan Program Penyeragaman Harga Keperluan Asas ke kawasan pendalaman semenanjung Malaysia bermula tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan program itu bagi membolehkan rakyat menikmati harga barangan keperluan harian mereka pada harga kawalan dan berpatutan seperti penduduk bandar.

Katanya, inisiatif itu dimulakan di Sabah dan Sarawak sejak tahun 2009 dan ia bertujuan meringan beban penduduk di kawasan pendalaman.

“Pihak kementerian sedia memperluaskan program ini ke kawasan pendalaman di semenanjung Malaysia selepas melihat kejayaan projek perintis di Sabah dan Sarawak.

“Sebelum ini, sudah ada beberapa kawasan pendalaman di semenanjung telah menyertai program ini. Bagaimanapun, kita akan tambah kawasan-kawasan baharu bagi memastikan lebih ramai yang mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan peti dan buku log lawatan penguatkuasa KPDNHEP di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander memberitahu, setakat ini, kawasan Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu menjadi lokasi perintis perlaksanaan program itu di semenanjung Malaysia.

Katanya, selain itu kawasan Dabong di Kuala Krai pula menjadi lokasi pertama perlaksaan program tersebut di negeri Kelantan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI