fbpx

Haas belum dengar bunyi enjin VF-21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA Haas yang dilancarkan awal pagi semalam masih tidak dapat berfungsi kerana memerlukan pasukan kejuruteraan Ferrari untuk menghidupkannya. – AFP

LONDON – Pasukan Haas terpaksa menunggu sehingga sesi ujian pramusim Formula Satu (F1) yang akan berlangsung pada 12 Mac depan untuk ‘menghidupkan’ jentera baharu, VF-21 yang telah diperkenalkan secara rasmi menerusi sidang media virtual awal pagi semalam.

Keputusan itu terpaksa dibuat oleh pasukan berpangkalan di England itu memandangkan mereka tidak boleh memanggil jurutera Ferrari dari Itali untuk terbang ke England ekoran pandemik Covid-19 yang memerlukan mereka dikuarantin untuk tempoh yang lama.

Pengurus pasukan, Guenther Steiner berkata, jentera VF-21 telah dibina di England tetapi pihaknya masih belum boleh menghidupkan enjin jentera itu sehingga kini kerana memerlukan jurutera pakar daripada pembekal enjin, Ferrari yang berpangkalan di Maranello, Itali.

“Secara jujur, jentera baharu Haas musim ini masih lagi belum dihidupkan memandangkan arahan kerajaan memerlukan sesiapa yang memasuki England perlu menjalani proses kuarantin ekoran wabak Covid-19.

“Justeru, jika kami memanggil jurutera Ferrari ke sini, mereka perlu menjalani kuarantin di England dan memakan banyak masa untuk mereka kembali ke Itali untuk membuat persiapan mereka.

Situasi tersebut membuatkan kami mengambil keputusan untuk menghidupkan jentera ini pada sesi pramusim di Bahrain sahaja,” katanya.

Sebagai rekod, pasukan Haas akan diwakili oleh dua pelumba muda, Mick Schumacher dan Nikita Mazepin untuk mengharungi saingan F1 musim ini yang akan membuka tirai rasmi pada 28 Mac depan di Grand Prix (GP) Bahrain.

Sebelum ini, Schumacher turut diarahkan menjalani kua­rantin selama 10 hari apabila terbang ke England untuk me­ngukur tempat duduk jentera yang bakal dipandunya pada saingan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI