fbpx

Ebit Lew ‘jadi’ Mickey Mouse hiburkan anak istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew menyantuni salah seorang anak istimewa ketika mengadakan satu majlis di sebuah kafe semalam.
Ebit Lew mengenakan kostum ‘Mickey Mouse’ ketika mengadakan perjumpaan dengan anak istimewa semalam.

PETALING JAYA – Meskipun sibuk berdakwah dan membantu golongan yang memerlukan, namun pendakwah terkenal, Ustaz Ebit lew sempat menyantuni anak-anak istimewa di sebuah kafe petang semalam.

Menariknya, kehadiran beliau bukannya berjubah ataupun pakaian biasa yang dipakainya ketika menyantuni orang ramai, namun beliau hadir dengan memakai kostum ‘Mickey Mouse’.

Kehadiran ikon kesayangan ramai itu turut ditemani beberapa lagi individu yang juga mengenakan kostum kartun kegemaran kanak-kanak.

Menerusi perkongsiannya di Laman Facebook, Ebit Lew berkata, beliau sangat gembira apabila dapat menyantuni anak istimewa yang datang bersama keluarga masing-masing.

“Bahagia sangat hati di petang Jumaat, saya jadi ‘Mickey’ belanja adik istimewa di Paramount Coffee House.

“Belanja anak ini dengan anak patung dan sedikit ‘angpow’, ‘happy’ sangat tengok anak ini semua,”katanya di laman Facebook semalam.

Menurut Ebit Lew, sebelum ini keluarga anak-anak istimewa ini teringin untuk berjumpanya dan semalam beliau tunaikan hajat dan permintaan mereka semua.

“Rezeki kami dapat bertemu, Allah sayang abang kakak semua, semoga sentiasa bahagia dan Allah kabulkan doa.

“Di kala kita rasa berat ada anak yang sangat istimewa, mak ayahnya terpilih melalui ujian kerana kasih sayang Allah.

“Saat tengok anak ini senyum atau ‘happy’, terasa bahagia. Lagi bahagia dapat senyuman wajah mak ayah yang hadir. Ada rezeki kita bertemu lagi ye,” tulisnya di Facebook.

Sehingga pukul 1.30 petang tadi, hantaran itu telah dikongsi lebih 6,300 pengguna dan lebih 188,000 tanda suka.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI