fbpx

Ustaz Kazim berlakon, nyanyi untuk dakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kazim ketika menjadi tetamu semasa bersiaran di Radio MBI di Ipoh hari ini.

IPOH – Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini memilih untuk menggunakan media sosial seperti Facebook serta platform rancangan hiburan dan seni untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat secara lebih meluas.

Ketika ini beliau sedang berkolaborasi dengan beberapa penerbit bagi menghasilkan kandungan-kandungan rancangan tertentu yang bakal disiarkan menerusi kaca televisyen.

Beliau memberitahu, dia juga akan merakam sebuah lagi lagu bersama sorang penyanyi dalam masa terdekat sempena Ramadan nanti.

“Sebelum ini saya pernah menyumbang suara untuk lagu Salawat 1442 yang diterbitkan sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun lalu bersama dua penyanyi rap, Tuju dan Tyco.

“Insya-Allah, kali ini juga bersama seorang lagi penyanyi dan lagu ini diharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tamu semasa bersiaran di Radio Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memaklumkan telah selesai menjalani penggambaran di sekitar bandar ini untuk sebuah telemovie yang akan disiarkan pada Ramadan nanti.

“Pada waktu terdekat juga saya akan menjadi juri sebuah rancanan lawak muzikal bagi sebuah saluran televisyen dan juga dijemput untuk terlibat berlakon dalam satu sitkom juga untuk siaran di televisyen yang akan dirakam pada April nanti.

“Sekarang saya lebih banyak menggunakan teknik berdakwah melalui seni dan hiburan selain media sosial termasuk mengadakan ceramah secara langsung menerusi laman sosial Facebook,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI