fbpx

Isteri dipukul, diugut sebar video bogel gara-gara minta cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Padah meminta cerai daripada suaminya, seorang wanita bukan sahaja dipukul, malah turut diugut untuk disebarkan video bogelnya.

Kejadian malang itu berlaku ke atas seorang wanita berusia 36 tahun semasa dia berada di sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita terbabit telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang selepas mengalami luka calar dan lebam pada bahagian muka serta leher.

Menurut Arifai, siasatan awal pihaknya mendapati, wanita terbabit telah meminta untuk diceraikan dan perkara ini selalu diulang olehnya sehingga wujud ketegangan dalam keluarga.

“Pengadu juga ada memaklumkan bahawa suaminya ada mengugut hendak menyebarkan video bogel miliknya.

“Susulan kejadian ini, kita telah menahan suami mangsa berusia 31 tahun serta merampas telefon bimbitnya bagi membantu siasatan berhubung video bogel yang dirakam suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arifai berkata, suspek kini direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI