fbpx
Gambar hiasan.

‘Intai’ gambar di Facebook sebelum pancing mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kasanova maya yang kebanyakannya warga asing dikesan menggunakan modus operandi dengan mencari mangsa mereka melalui laman sosial terutama Facebook.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, sindiket terbabit me­nyasarkan mangsa terutama wanita yang berharta dan menjalani kehidupan mewah.

“Mereka akan perhatikan gambar-gambar mangsa yang dimuat naik individu itu di Facebook sebelum menghantar pesanan mesej melalui laman sosial ini.

“Kasanova maya akan menggunakan panggilan manja dan juga kata-kata manis sebagai tanda awal perkenalan mereka,” katanya dalam temu bual khas bersama Kosmo! di pejabat JSJK di Menara KPJ di sini baru-baru ini.

Menurutnya, siasatan mendapati, tempoh masa di antara pukul 7 hingga 9 malam adalah waktu sindiket itu beroperasi.

“Kebiasaannya pada waktu ini, kebanyakan mangsa sedang berehat atau mempunyai masa lapang untuk diri sendiri.

“Jika mangsa adalah individu bujang atau berstatus janda, mereka akan melayan mesej berkenaan bagi mengubati rasa sunyi,” ujarnya.

Zainuddin berkata, hasil soal siasat ke atas suspek-suspek yang berjaya ditangkap sebelum ini, mereka memaklumkan bahawa ahli sindiket akan menghubungi atau melayan mangsa secara 24 jam melalui syif yang ditetapkan.

“Ini bermaksud ahli sindiket akan bertukar ganti mengikut syif dan akan melayan mesej mangsa tanpa mengira waktu.

“Hanya mangsa yang merasakan mereka dilayan oleh seorang individu, sebaliknya ia bertukar tangan kepada beberapa individu tanpa pengetahuan mang­sa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN