fbpx

Apresiasi Masa empat pengkarya muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YONNYBOI bersama tiga pengkarya, Izhar, Baal dan Amzeeq bergabung melancarkan single berjudul Masa.

PETALING JAYA – Sedar pengurusan masa menjadi elemen yang sangat penting lebih-lebih lagi pada zaman pandemik yang sedang dihadapi semua, empat anak muda, Baal, Amzeeq, Yonnyboii dan Izhar bergabung dalam sebuah karya dengan tajuk yang sangat besar yang boleh dikaitkan dengan pelbagai dalam kehidupan seharian.

Lebih menarik, dari sudut pandang Amzeeq, dia mengatakan anak-anak muda masa kini lebih suka membuang masa dengan melakukan perkara yang kurang berfaedah lalu menjadikan tujuan penulisan lagu berkenaan bagi menggalakkan golongan itu bertindak keluar daripada kotak  ‘malas’ sementara masih muda.

“Zaman muda ni zaman kena pulun! Biar tak selalu asalkan ada progres, tujuan saya bawakan lagu ini adalah untuk mengajak anak-anak muda lebih bersemangat untuk mengejar cita-cita dan impian mereka dalam apa jua bidang yang diminati” katanya.

Baal pula berpendapat, lagu Masa sangat bersesuaian untuk dijamu kepada para pendengar kerana telah disuntik dengan isi tersurat dan tersirat. Pendengar sedikit sebanyak dapat menikmati karya anak muda yang lebih untuk memberi ikhtibar mahupun nasihat dengan nyanyian.

“Harapan saya, lagu Masa mampu mengubah persepsi anak-anak muda yang masih mempunyai peluang membentuk kehidupan mereka dengan lebih sempurna kerana mereka mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang hebat untuk suatu masa akan datang.

“Walau bagaimanapun, perubahan perlu dilakukan dengan usaha. Saya berharap lagu Masa dapat membuka ruang-ruang yang baharu dan berbaloi,” kata Baal.

Izhar menyatakan dia dijemput oleh Baal dan Amzeeq ke studio untuk bekerjasama dalam lagu ini pada 23 Februari tahun lalu, dan berjaya berjaya menyiapkan penulisan dan rakaman ‘verse’nya pada hari yang sama.

“Mereka begitu baik sekali dan membuat saya selesa untuk bekerja. Ini adalah pertama kali saya bekerjasama dengan mereka dan saya rasa beruntung dapat meluahkan perasaan saya melalui lagi ini. Terima kasih kepada Baal dan Amzeeq kerana sudi mengajak saya untuk berkolaborasi bersama Yonnyboii dan berkerjasama untuk lagu ini,” kata Izhar.

Menurutnya, lagu Masa tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Penulisan lirik hanya menceritakan tentang diri sendiri ketika berada di tempat yang sukar dan menghadapi kekangan hidup susah.

“Harapan saya untuk lagu Masa cukup lah buat saya gembira kalau keluarga saya dan rakan-rakan saya suka, dan harapan saya agar lagu ini diterima oleh semua dan mendapat sambutan daripada peminat dunia hip hop ‘underground’ Malaysia’,” katanya.

Masa tersedia di semua pelantar pengstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula pukul 12 tengah malam, 5 Mac 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI