fbpx

Tujuh hospital buat penilaian guna air liur kesan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengenal pasti sebanyak tujuh buah hospital di seluruh negara untuk penilaian lapangan bagi penggunaan persampelan air liur (deep throat saliva) sebagai ujian pengesanan Covid-19.

Tujuh hospital itu ialah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah; Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu; Hospital Sungai Buloh, Selangor; Hospital Melaka, Melaka; Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini, KKM masih menggunakan kaedah persampelan melalui hidung (nasopharyngeal) dan mulut (oropharyngeal).

Beliau berkata, persampelan air liur itu akan digunakan untuk kedua-dua ujian ‘Real-Time Reverse Transcriptase-PCR’ (RT-PCR) dan RTK antigen (RTK-Ag) bagi mengesan jangkitan dalam komuniti.

“KKM berharap dapat laporan lengkap sebelum kita mengetengahkan kaedah persampelan ‘deep throat saliva’ atau menggunakan air liur untuk menjalankan saringan RTK-Ag atau RT-PCR.

“Kita juga harap ujian ini akan beri ketepatan dan kejituan dalam pengesanan kes-kes positif Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI