fbpx

Jalani ujian calitan Covid-19 sebelum masuk Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua individu yang akan memasuki Sabah bagi urusan kerja atau lain-lain urusan dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pintu masuk darat, laut dan udara perlu menjalani ujian calitan Covid-19 dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya individu tidak positif Covid-19 dan tidak bergejala sahaja yang dibenarkan masuk ke Sabah dan tidak perlu menjalani kuarantin.

“Sementara itu, perjalan dari Sabah ke semenanjung pula tidak perlu menjalani ujian calitan Covid-19. Bagaimanapun perjalan dari Sabah ke Sarawak atau Labuan perlu melakukan ujian saringan terlebih dahulu.

“Bagi pergerakan ke Sarawak pula, semua individu yang akan memasuki Sarawak dengan kebenaran polis perlu menjalani ujian saringan dalam tempoh tiga hari sebelum berlepas ke Sarawak dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik sahaja tiba di Sarawak,” katanya dalam sidang khas hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi rakyat Sarawak, kos ujian calitan dan kuarantin akan ditanggung oleh kerajaan negeri manakala bukan rakyat Sarawak, kos adalah atas tanggungan sendiri.

“Sementara itu, perjalanan dari Sarawak ke semenanjung juga tidak perlu menjalani ujian calitan. Bagaimanapun dari Sarawak ke Sabah dan Labuan, ujian calitan Covid-19 perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Atas kehendak kerajaan Sarawak, larangan rentas daerah di Sarawak dikekalkan walaupun Sarawak kini berstatus negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI