fbpx
Gambar hiasan.

610 kes jangkitan libatkan pusat jagaan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sebanyak 21 buah kluster membabitkan pusat jagaan warga tua dikesan setakat ini dengan 19 daripadanya adalah dalam gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara pada bulan Oktober tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 15 kluster masih aktif manakala enam lagi telah diisytihar tamat.

“Sebanyak 610 kes jangkitan dikesan daripada kluster terbabit dengan 95.6 peratus atau 583 daripadanya melibatkan warganegara manakala baki 27 kes membabitkan warga asing.

“Jumlah ini adalah daripada 1,840 individu yang disaring dalam kluster-kluster terbabit,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak sembilan kematian dilaporkan setakat ini membabitkan kluster pusat jagaan warga tua dengan kadar kematian 1.48 peratus iaitu lebih tinggi daripada kadar kematian kebangsaan yang merekodkan 0.38 peratus. – K! ONLINE