fbpx
Ayob Khan menunjukkan anggota sindiket Macau Scam dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM

12 ahli Macau Scam cuba lolos tak berhasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Usaha 12 ahli sindiket Macau Scam meloloskan diri selepas premis rumah kedai di Kota Tinggi dekat sini diserbu tidak berhasil apabila mereka diberkas sekitar Cheras, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua ahli sindiket yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun.

Menurutnya, kejayaan membanteras sindiket itu hasil serbuan dan siasatan bermula di Kota Tinggi dekat sini pada 2 Februari lalu.

“Dalam serbuan pertama ini, polis hanya merampas 57 buah telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer dan dua buah modem internet.

“Kita percaya mereka melarikan diri sebab serbuan pertama tiada tangkapan, hanya peralatan dirampas dalam sebuah premis rumah kedai,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. -K! ONLINE