fbpx

Zoo Negara tawar diskaun 20 peratus Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pihak pengurusan Zoo Negara menawarkan diskaun 20 peratus sempena pembukaan semula taman tersebut pada Jumaat ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lembah Klang ditamatkan.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana berkata, diskaun itu bagaimanapun hanya sah untuk hari tersebut dan ia boleh dinikmati oleh semua pengunjung.

“Diskaun 20 peratus ini hanya sah untuk hari Jumaat ini sahaja. Semua pengunjung layak menikmati diskaun ini termasuk pelancong tempatan, luar negara, kanak-kanak dan warga emas.

“Justeru, saya menjemput semua untuk hadir pada Jumaat ini kerana kami telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rosly Ahmat berkata, antara aktiviti yang akan disediakan pihaknya sempena pembukaan semula Zoo Negara adalah termasuk persembahan haiwan dan aktviti memancing.

“Untuk aktiviti persembahan haiwan “animal show” kita hadkan jumlah penonton kira-kira 90 orang pada satu-satu masa.

“Selain itu, kita juga telah melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai jenis ke dalam kolam untuk pengunjung yang ingin memancing kerana sebelum ini banyak mendapat permintaan untuk aktiviti ini,”katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP), pihaknya hanya membenarkan kira-kira 50 peratus pengunjung untuk melawat Zoo Negara pada satu-satu masa.

“Selalunya jumlah pengunjung sekitar 5,000 dan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kita hanya benarkan kira-kira 2,500 orang pengunjung pada satu-satu masa.

“Kami berharap orang ramai dapat merebut peluang dengan tawaran diskaun ini dan nasihat kami, patuhilah SOP sepanjang anda berada di dalam Zoo Negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI