fbpx

TH sasar agihan keuntungan lebih stabil pada masa hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tabung Haji

PETALING JAYA- Lembaga Tabung Haji (TH) sasar agihan keuntungan yang lebih stabil pada masa hadapan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Nik Mohd.Hasyudeen Yusoff berkata, kadar pulangan yang lebih lestari penting bakal jemaah haji Malaysia perlu menunggu giliran menunaikan haji disebabkan kuota haji yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

“Keuntungan yang dicapai oleh TH didorong oleh prestasi dan kedudukan kewangan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya, selain langkah pengurusan kos yang berhemah.

“Agihan keuntungan tahun 2020 ini juga adalah lebih kompetitif jika dibandingkan dengan pulangan daripada akaun simpanan tetap di perbankan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas prestasi kewangan TH bagi tahun 2020 selepas pengumuman rasmi berkenaan agihan keuntungan TH semalam.

TH mengumumkan kadar sebanyak 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 manakala agihan untuk tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Katanya, prestasi keseluruhan pendapatan TH bagi tahun kewangan 2020 disokong oleh beberapa aktiviti pelaburan TH dalam aset pendapatan tetap yang telah menjana pendapatan sebanyak RM1.90 bilion manakala pelaburan saham menyumbang sebanyak RM430 juta, pelaburan hartanah (RM352 juta), dan instrumen pasaran wang Islam (RM318 juta).

Ujarnya, cabaran terbesar ialah memastikan kelangsungan TH untuk para jemaah menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Ini bermakna keselamatan pelaburan amat penting dan TH tidak boleh mengambil risiko yang terlalu tinggi, lebih lebih lagi dengan kesan penyusutan ekonomi negara dan dunia disebabkan pandemik Covid-19 pada tahun lalu,” tambahnya.

TH menjangkakan operasi persekitaran yang lebih mencabar pada tahun 2021 yang mana pelabur terus mencari pulangan yang tinggi walaupun ekonomi masih lemah. Namun langkah pelbagai negara termasuk Malaysia untuk memastikan rakyat mendapat vaksin Covid-19 dijangka akan dapat membantu meneruskan usaha pemulihan ekonomi.

Jelas beliau, TH juga akan meneruskan usahanya untuk mengimbangi semula portfolio pelaburan khususnya dalam menggantikan aset yang tidak berdaya saing dengan aset yang boleh memberi pulangan lebih baik.

“Ini termasuklah memberi penekanan yang lebih kepada pelaburan luar negara dan pelaburan berlandaskan alam sekitar, sosial dan pentadbiran (ESG),” ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI