fbpx

Arak seludup bernilai RM811,120 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arak seludup yang dirampas PGA Briged Tengah semalam.

KLANG – Satu sindiket pengedaran arak seludup berjaya ditumpaskan dengan merampas 5,733 botol bernilai RM811,120 dalam serbuan di sebuah premis di Taman Batu Ujur, di sini, semalam.

Dalam serbuan pukul 12.45 tengah hari itu oleh Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras turut menahan tiga lelaki berusia 25 tahun sehingga 35 tahun.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) , Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, kejayaan itu hasil risikan pihaknya terhadap aktiviti pengedaran arak seludup yang menyasarkan pasaran di sekitar Lembah Klang.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan mendapati terdapat 220 kotak arak jenis liquor pelbagai jenama.

“Ini melibatkan keseluruhan 5,773 botol dengan mengadungi 2069.68 liter dengan lingkungan kandungan alkohol antara 32.5 peratus sehingga 40 peratus.

“Nilai rampasan dianggarkan RM811,120,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI