fbpx

Alaba mahu posisi pertahanan tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALABA meletakkan syarat untuk beraksi di posisi pertahanan tengah untuk pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. – AFP

MUNICH – Pemain sensasi Bayern Munich, David Alaba sudah meletakkan syarat untuk mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan ­khidmatnya pada jendela perpindahan musim panas ini selepas kontrak bersama kelab gergasi Jerman itu berakhir.

Sebagai rekod, tonggak antarabangsa Austria itu telah mengesahkan bahawa dia menolak tawaran daripada Bayern untuk menandatangani kontrak baharu sekali gus berhijrah buat kali pertama selepas mewakili pasukan itu sejak 2009.

Pemain berusia 29 tahun itu masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya meskipun dilaporkan sudah mendapat tawaran awal daripada kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid, Chelsea dan Paris Saint-Germain.

Bagaimanapun, Alaba difahamkan sudah meletakkan terma dan syarat untuk mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya dengan memberi jaminan bahawa dia akan beraksi di posisi pemain tengah bersama pasukan terbabit.

Ketika bersama Bayern, Alaba digunakan pada posisi pertahanan kiri pada awal karier­nya tetapi kini, jurulatih pasukan itu Hansi Flick menukarnya ke pertahanan tengah selepas pe­ningkatan mendadak yang ditonjolkan oleh bek muda, Alphonso Davies.

Cuma, Alaba sangat percaya bahawa pada usianya ketika ini adalah saat yang paling tepat untuk beraksi di posisi tengah yang lebih kreatif memandang­kan ia adalah posisi kegemarannya sejak usia remaja, selain ketika mewakili skuad Austria.

Selain itu, Alaba turut meletakkan syarat kedua yang mana gaji minimum yang dimahukan bersama pasukan baharu nanti adalah sebanyak £400,000 (RM2.26 juta) seminggu memandangkan kelab terbabit menandatangani secara percuma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI