fbpx

Modi terima suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODI menerima suntikan vaksin Covid-19 di institut perubatan nasional AIIMS di New Delhi hari ini. - AFP

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi menerima imunisasi Covid -19 hari ini.

Modi menerima suntikan vaksin buatan India, Covaxin dalam prosedur yang diatur di institut perubatan nasional AIIMS di New Delhi.

Vaksin dibangunkan firma Bharat Biotech itu adalah antara dua pelalian yang diluluskan untuk kegunaan di India walaupun data ujian peringkat akhir terhadap 25,800 sukarelawan belum diterbitkan.

Di sebalik kritikan oleh sesetengah doktor dan petugas kesihatan, pihak berkuasa ubat-ubatan India dan Bharat Biotech bertegas bahawa vaksin itu selamat untuk digunakan.

“Saya merayu kepada mereka yang layak supaya mengambil suntikan vaksin. Mari bersama-sama menjadikan India bebas daripada Covid-19,” katanya di laman Twitter.

Sejak kempen vaksinasi bermula pada Januari lalu, seramai 14 juta orang menerima suntikan vaksin koronavirus di India dengan kebanyakan mereka ialah pekerja kesihatan dan anggota pasukan keselamatan.

Kerajaan pimpinan Modi menyasarkan untuk memberikan pelalian Covid-19 kepada 300 juta orang menjelang Jun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI