fbpx

Kes baharu bawah 2,000, lima kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,828 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 302,580 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) pada ciapan Twitter memaklumkan, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,828 kes penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 25,542 kes.

“Selain itu, terdapat 2,486 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 275,903 kes.

“Terdapat lima kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,135 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” menurut ciapan tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 198 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 90 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI