fbpx

Anak gajah setia jaga ibu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR anak gajah menjaga induknya yang sakit di sebuah ladang getah di Thailand semalam. - THE NATION

BANGKOK — Pasukan doktor haiwan yang dipanggil untuk merawat seekor gajah liar betina yang sakit di wilayah Chantaburi mendapati pesakit mereka dikawal oleh seekor gajah lebih muda dipercayai anaknya, lapor portal berita The Nation.

Gajah sakit berusia sekitar 20 tahun itu ditemui terbaring di atas tanah di sebuah ladang getah dan dilindungi anak gajah jantan berusia antara dua hingga tiga tahuh. Anak gajah itu mengusir sesiapa sahaja yang menghampiri induknya.

Pasukan veterinar dan renjer hutan itu menembak ubat pelali pada anak gajah itu sebelum merawat induknya menggunakan suntikan glukosa, vitamin dan ubat lain.

Ibu gajah itu dibiarkan sembuh selama semalaman. Sekiranya haiwan itu tidak berupaya bergerak hari ini, pasukan tersebut merancang membantunya berdiri menggunakan sebuah win dari Hospital Haiwan Nern Plub di Pattaya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI