fbpx

Warga net mahu beli wang lama gambar Soekarno RM113,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang kertas zaman Soekarno mahu dibeli dengan harga RM114,000. - TikTok

JAKARTA – Sehelai wang lama yang dicetak menggunakan wajah Presiden Indonesia yang pertama, Soekarno menjadi tular di media sosial selepas seorang pengguna TikTok memuat naik gambar wang itu, semalam.

Menurut laporan Suara.com, wang bernilai 1,000 rupiah (28 sen) berwarna merah putih itu dicetak pada 1964 dan diletakkan di atas tapak tangan seorang wanita bernama Rina berada dalam keadaan melengkung.

Video tersebut menarik perhatian warganet dengan ada du antara mereka meluahkan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga 400 juta rupiah (RM113,618).

“Anda mahu jual wang kertas ini? Jika mahu, saya boleh berikan harga 400 juta rupiah. Sila beritahu jika anda berminat,”kata seorang pengguna media sosial.

Dalam masa sama, ramai juga yang menasihati  Rina agar tidak menjual wang tersebut dan menyimpannya sebagai tinggalan sejarah.

“Jangan dijual, nanti menyesal. Kalau mahu jual, lebih baik kepada Muzium Peninggalan Sejarah Indonesia. Mungkin dapat harga 1 billion rupiah (RM284,046),” cadang pengguna lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI