fbpx

Rahsia Arsenal dalam ‘poket’ Sokratis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOKRATIS sudah tidak sabar turun beraksi bersama Olympiakos menentang Arsenal pada aksi Liga Europa bulan depan.

ATHENS, Greece – Bek tengah Olympiakos, Sokratis Papastathopoulos percaya pasukannya memiliki kelebihan menjelang aksi pusingan 16 terbaik Liga Europa menentang Arsenal pada 12 dan 19 Mac ini.

Sokratis, 32, tidak sabar untuk mendedahkan kelemahan Arsenal memandangkan dia pernah menyarung jersi kelab tersebut sejak 2018 sebelum menyertai Olympiakos dengan kontrak dua tahun pada 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tonggak skuad antarabangsa Greece itu menggesa rakan-rakan sepasukannya berwaspada kerana The Gunners mahu membalas dendam kekalahan sewaktu pusingan 32 terbaik Liga Europa musim lalu.

“Sebulan yang lalu saya masih bersama Arsenal tetapi kali ini kami bertemu sebagai musuh di atas padang. Kami perlu mengambil kesempatan terhadap kelemahan yang ada dalam pasukan Arsenal,” ujar Sokratis.

Bekas bintang Borussia Dortmund itu juga berharap dia boleh membantu Olympiakos mengulangi pencapaian musim lalu dengan sekali lagi menunjukkan jalan keluar buat skuad kendalian Mikel Arteta tersebut.

“Kami perlu beri fokus sepenuhnya jika mahu mengulangi keputusan musim lalu. Saya percaya dengan taktikal yang diterapkan jurulatih, kami mampu kalahkan Arsenal,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI