fbpx

Arsenal sedia serang kelemahan Leicester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA (tengah) terus menjadi pertaruhan utama untuk menghasilkan jaringan buat Arsenal menentang Leicester malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mencabar barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak konsisten dengan meraih kemenangan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leicester City di Stadium King Power awal pagi esok.

Sebagai rekod, Arsenal kini berada dalam momentum positif selepas berjaya melangkah ke peringkat 16 terbaik Liga Europa berbanding Leicester yang tersingkir pada pusingan kalah mati kelmarin.

Kata Arteta, aksi bertemu Leicester boleh menjadi penanda aras buat pasukannya untuk membuktikan mereka mampu kekal konsisten sekali gus tidak mengekalkan prestasi ‘yo-yo’ seperti beberapa perlawanan lepas.

“Kami memiliki momentum untuk mengharungi saingan tersebut tetapi harus diingat, prestasi pasukan musim ini agak turun dan naik. Malah, Leicester berjaya berada di kedudukan yang jauh lebih baik berbanding kami disebabkan mereka konsisten sepanjang musim.’

“Cuma, kami harus cuba ­eksploitasi kelemahan pasukan lawan yang mungkin tidak berada dalam motivasi terbaik selepas tersingkir pada sai­ngan­ Liga Europa sebelum ini dengan memburu tiga mata penuh,” katanya.

Sementara itu, Arteta me­ngakui Arsenal sememangnya bergantung harap dalam me­rencanakan serangan menerusi pemain muda sensasi, Bukayo Saka yang cukup menyerlah sepanjang musim ini.

“Dia (Saka) memiliki potensi yang cukup besar untuk menjadi salah seorang pemain berkelas dunia tetapi dia perlu konsisten, bukan menyerlah pada musim ini sahaja.

“Namun, saya akui jentera serangan kami sememangnya berharap dengan sentuhan ­kreatif daripada Saka ketika ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI