fbpx

Rita Rudaini nasihat orang ramai patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rita Rudaini menasihatkan orsng ramai untuk terus patuh SOP. Foto Twitter.

PETALING JAYA – Sejak kerajaan mengumumkan kenaikan kadar kompaun kepada yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) kepada RM10,000, pelbagai reaksi diberikan orang ramai.

Termasuklah, aktres Rita Rudaini yang melahirkan rasa simpati dengan nasib rakyat biasa sekiranya mereka perlu membayar jumlah sebanyak itu.

Rita menerusi InstaStorynya semalam turut mempersoalkan kadar kenaikan kompaun kerana dianggap membebankan orang ramai.

“Daripada RM1,000 menjadi RM10,000. Kasihan, ketika ekonomi sekarang, semua orang tengah sesak,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Geng Mak Mak itu turut menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP bagi mengelak membayar kompaun berkenaan.

“Rakyat semua, jaga dan patuhlah SOP betul-betul. Banyak betul RM10,000, jangan degil,” ujarnya.

Rita juga merupakan antara selebriti tanah air yang lantang bersuara dalam media sosial dan sering mempersoalkan perkara berkaitan SOP pandemik Covid-19.

Kelmarin, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan jumlah kompaun SOP meningkat menjadi RM10,000 kepada mana-mana individu yang melanggarnya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI