fbpx
Sebuah kandang kambing di Jalan Permatang Kerai Besar, Kepala Batas terbakar malam ini. Foto IHSAN BOMBA

25 ekor kambing mati terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Sebanyak 25 ekor kambing dilaporkan mati rentung selepas sebuah kandang di Jalan Permatang Kerai Besar, Kepala Batas di sini hangus dijilat api malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.18 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan bomba tiba, didapati benar kebakaran melibatkan sebuah kandang kambing binaan kayu berkeluasan kira-kira 84 meter persegi.

“Anggaran kemusnahan adalah kira-kira 90 peratus apabila hampir keseluruhan struktur hangus dan menyebabkan kematian 25 ekor kambing,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Jurucakap itu berkata, menurut pemilik kandang tersebut, kebakaran dipercayai tercetus daripada pembakaran najis kambing pada sebelah petang.

“Pembakaran itu dibuat di bawah kandang tersebut sebelum api merebak sehingga membakar kandang,” katanya.

Jurucakap itu menambah, api berjaya dipadamkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kebala Batas pada pukul 10.51 malam sebelum operasi tamat pukul 11.04 malam. – K! ONLINE